Kuih lompang ni kuih org tua2 dulu... resepi ni Miss Loly belajar dari mak Miss Loly... Miss Loly sukar kuih ni sebab lembut n bau wangi gula merah... Miss Loly xsuka letak kelapa mesin kat atas kuih ni... nak makan kuih ni dr minggu lepas g tapi xsempat nak wat... petang semalam xbpe nak bz sgt... Miss Loly pe g try la wat kuih ni... Meh nak kongsi cara-caranya nak wat kuih lompang ni...
Bahan-bahan
- 1/2 paket gula merah (Miss Loly beli RM2, kira pakai setengah ja..)
- gula pasir (secukup rasa)
- 2 cawan tepung beras (Miss Loly pakai cap bunga ros)
- 6 cawan air... (3 cawan air gula merah dan 3 cawan air paip + xsampai suku cawan pun air kapur makan)
Cara-cara
gula merah... Miss Loly beli RM2, cuma pakai separuh ja...
Masakkan gula merah tadi berserta lebih kurang 3 cawan air... masukkan gula pasir... agak2 la yer... Miss Loly men campakkan ja... jgn terlebih manis sudah... bila gula merah dah mendidih tutup api... biarkan sejuk dulu tau... lebih kurang 1/2 jam juga la.... xbley wat kuih ni klu gula merah ni masih panas....
ni ar cawan yg Miss Loly pakai utk wat sukatan
Okeh Masukkan 2 cawan tepung beras... bancuh dengan air suam suam panas tau...
Gaul sehingga menjadi doh seperti di atas
Masukkan 3 cawan air gula merah dan 3 cawan air paip + xsamai suku cawan pun air kapur makan.. semua 6 cawan la... air gula merah yang dimasak tadi perlu ditapis dahulu tau... masukkan terus ke dalam bekas tepung yg telah dijadikan doh tadi... gaul doh tepung dengan 6 cawan air td sehingga sebati..
Ni periuk pengukus...
sebelum nak masukkan bancuhan kuih ni... periuk pengukus perlu dipanaskan terlebih dahulu... susun acuan lompang dalam periuk pengukus ni... tutup tudung biar dia panas seketika... nak tahu macam mana periuk ni dah sesuai untuk mengukus, bila kita buka tudung ada wap...
Miss Loly letak bancuhan tadi dalam jar supaya senang nak tuang dalam acuan
nampak x periuk ni mcm berwap... sebelum nak tuang kacau dulu adunan tadi biar sekata... pas 2 tuang dalam acuan... tutp tudung... bermulalah aktiviti mengukus... lebih kuarang 20 minit gak la... masak sehingga masak tau...
Ni la rupa kuih lompang yg sudah masak... kuih ni lembut skit so kena tunggu bg betul2 sejuk baru boleh keluarkan dari acuannya.. klu panas2 dah buka memang xjadi la kuih ni... sedap sgt... cuba la... nak lg sedap bley letak kelapa parut kat tengah2 lubang 2... Miss Loly xsuka letak kelapa...
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment