Pages

Friday, October 4, 2013

RESEPI - KERABU REBUNG DENGAN PUTIK JAGUNG

BAHAN-BAHAN...


  • rebung di rebus dan dirincik halus
  • putik jagung dihiris dan direbus
  • udang direbus
  • bawang merah dihiris
  • kerisik
BAHAN UNTUK DIKISAR
  • bawang merah
  • lengkuas
  • cili padi
  • lada hitam
  • serai
  • cili besar
  • belacan
  • asam jawa
  • kelapa dimesin
  • sedikit air
CARA-CARA
Rebung perlu direbus dahulu... Miss Loly masukkan sedikit garam dan gula semasa proses merebus ni.. maklumla repungkan pahit sedikit... kering air tambah air tau sampai hilang pahit... dah setle rebus rebung kat atas ni perlu dirincik halus... rincik 2 macam hiris halus2 la... pas2 toskan yer....

next kita rebus putik jagung plk... lupa la nak snap pic.... tujuannya nak bagi putik jagung ni lembut skit... pas2 toskan...

Ni bahan2 yang perlu dikisar... bawang merah, lengkuas, cili padi, lada hitam, serai, cili besar, belacan, asam jawa, kelapa dimesin, sedikit air... kisar sampai halus...

ni la hasil bahan2 yg telah siap dikisar

Masukkan kerisik



Masukkan bawang

masukkan udang

Masukkan rebung dan putik jagung ... gula dan garam secukupnya... gaul sehingga sebati yer....




MENU SEMALAM

 MASAK LEMAK KETAM

 IKAN GORENG

 LALA MASAK SERAI

KERABU REBUNG DENGAN PUTIK JAGUNG

SAYUR MANIS REBUNG

No comments: