Pages

Sunday, November 2, 2014

PETUA-PETUA UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum..... hari ni Miss Loly nak kongsi petua-petua yang elok diamalkan untuk ibu-ibu pregy sekalian... Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu-ibu pregy ialah memperbanyakkan berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana dengan melakukan amalan tersebut boleh memberi ketenangan di jiwa serta memberi kesan yang positif kepada BB dalam kandungan .....

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu-ibu pregy adalah membaca surah-surah pilahan iaitu :-


  • Surah Yusuf
         Untuk memohon kepada Allah supaya memperolehi anak yang cantik rupa paras serta 
         akhlaknya.
  • Surah Luqman
         Untuk Memohon kepada Allah supaya dikurniakan anak yang bijak
  • Surah Maryam
         Untuk memohon kepada Allah supaya memudahkan proses untuk bersalin
  • Surah Yasin
         Untuk memohon kepada  Allah dikurniakan anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan 
         maksiat
  • Surah Al-Hujurat 
         Memohon kepada Allah supaya memperbanyakkan susu ibu...


MARILAH IBU-IBU SEKALIAN KITA AMALKAN YER.......

Thursday, October 30, 2014

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU


  • Menyususukan beliau dalam keadaan berwudhu'.
  • Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusu di sebelah kanan
  • Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusu di sebelah kiri
  • Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafal Al-Quran pada umurnya 6 tahun.

JOM KITA AMALKAN BERSAMA.....


MAKANAN-MAKANAN SUNNAH YANG ELOK DIAMALKAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualiakum... sebelum ni entry Miss Loly berkisarkan tentang supplement tambahan semasa pregy... kali ni Miss Loly nak kongsi makanan-makanan sunnah pula.... Makanan-makanan sunnah ni baik untuk diamalkan kerana telah menjadi amalan Rasul kita Nabi Muhammad SAW...

1) KURMA


Sabda Rasulullah  SAW : Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, sekiranyanya wanita yang hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar, bersopan santun serta cergas pemikirannya. hahahhaa elok diamalkan mudah-mudaha anak kita nnt memiliki akhlak yang terpuji.. Mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung akan memudahkan untuk kita bersalin nanti... seberti kisah Maryam iaitu ibu Nabi Isa AS semasa beliau hendak melahirkan Nabi Isa AS beliau memakan kurma supaya dapat membekalkan tenaga.. Jangan risau yer takut terkena kencing manis jika makan buah kurma kerana insyaa allah buah kurma tidak mengandungi gula so ia tidak membahayakan kesihatan.. Buah kurma juga kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Kurma dapat mencegah berlakunya pendarahan ketika bersalin dan mempercepatkan proses pengecutan rahim seperti sdia kala sebelum hamil kerana di dalam kurma terdapat hormon oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran. So makanlah buah kurma kerana Nabi sangat menyukainya... Nabi suka mesti terdapat banyak khasiatnya... Buah kurma juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim... Miss Loly sebelum kawen dulu xsuka ngan kurma sebab rasa manis tapi bila dah kawen ni en suami penggemar kurma so pelan2 Miss Loly dah boleh terima kurma ni... lagi pun kurma banyak khasiatnya xrugi pun klu suka kurma... :)



2) KISMIS

Memakan kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning) bagi ibu2 yg selalu rasa loya bolehlah jadikan kismis sebagai kudap2., Miss Loly selalu mkn klu rasa meloya... kiranya kismis ni stok yg Miss Loly bawa sentiasa dlm bag... kismis dapat menyihatkan badan, awet muda (hahahaha xpayah beli supplement mahal2), menguatkan saraf dan menghilangkan letih (membekalkan tenaga)... selain itu, kismis juga dapat menguatkan jantung, menghilangkan panasdan menyihatkan jiwa..kismis juga makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kismis kaya dengan garam mineral seperti magnesium (baik untuk saraf, fungsi otak dan penukaran gula kepada tenaga), kalsium dan fosforus (membina tulang dan gigi yang baik), zat besi ( membantu membina sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak) dan kalium (mengoptimumkan kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah. Antara vitamin-vitamin lain yang terdapat dalam kismis adalah seperti berikut vitamin C ( penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan), Vitamin B6 ( mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga), Vitamin K (Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang dan buah pinggang), Folat ( Membentuk sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh) dan Riboflavin ( membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan. Kismis boleh mencergas minda mudah-mudahan anak yang bakal lahir nanti memiliki akal yang cerdik dan minda yang cergas...




3) MADU

Sebaik-baik minuman adalah madu kerana ia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. madu merupakan ubat dari segala jenis penyakit kerana ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati. Madu elok diamalkan ketika pregy kerana ia dapat menguatkan badan... idak le rasa letih aje.... :)  Madu telah dikaji bepotensi untuk menghalang sel-sel kanser daripada merebak selain merawat kanser..  Nabi Muhammad SAW sangat menyukai madu kerana madu adalah ubat bagi segala jenis penyakit kecuali mati. Madu dapat mengurangkan kasa loya ketika pregy, untuk kesan yang lebih baik ambil madu sebelum tidur setiap hari. Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu pregy. Biasanya, ibu pregy sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan badan lebih lemah pada ketika ini. Dengan pengambilan madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu meningkatkan sistem imun semasa pregy. Disamping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu pregy. Khasiat madu untu ibu pregy juga termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.


Wednesday, October 29, 2014

SUPPLEMENT TAMBAHAN SEMASA HAMIL.....

Assalamualaikum..... hihihihi.... sbln 1 entry je... pe la Miss Loly ni... malas aje nak wat entry...hari ini Miss Loly nak kongsi dengan mum to be semua pasal supplement tambahan semasa hamil... almaklumlah first pregy serba excited.... Miss Loly masa trimester pertama dulu memang alah tol ngan bau susu... asyik gaduh je ngan en suami... ia la kalsium kan penting untuk pertumbuhan tulang baby... takut baby xcukup kalsium kata en suami.... bukan xnak minum tapi bau je dah nak muntah... nak wat camna kan... huhuhuhuhu.... tambahan plk masa trimester pertama bulan puasa lagi la miss loly takut muntah... klu start muntah hbs la makanan ms sahur.... mau letih puasa har 2...


1) ANMUM MATERNA

Untuk susu Miss Loly minum Anmum Materna sebab terdapat kandungan asid folik yang tinggi... Miss Loly dah try Anmum yang perisa original, vanila n coklat.. antara 3 jenis ni Miss Loly paling suka perisa coklat... huhuhu klu yang perisa original n vanila (manggo) Miss Loly akan campur ngan milo untuk elak dari bau susu yang menyebabkan Miss Loly rasa nak muntah... kadang2 tgk susu pun Miss Loly dah rasa meloya... bagi Miss Loly la kan pengambilan susu ni penting kerana dalam susu ni terdapat kandungan folat yang amat diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran janin... Kajian yang telah dijalankan mendapati susu yang diperkaya dengan asid folik telah berjaya meningkatkan tahap folat dalam darah... selain folat terdapat juga kandungan kalsium dan zat besi. kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang kuat dan sihat manakala zat besi amat diperlukan di dalam pembentukan sel darah merah yang bertujuan membawa bekalan oksigen kepada bayi... sekiranya kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya Anemia.... serba sedikit perkongsian tentang kebaikan susu anmum ni... banyak lg brand susu untuk ibu pregy kat pasaran... pilih je yang mana bekenan... Miss Loly takut nk try susu len, hehehehe dah biasa minum anmum kang try yg len nyesal plk klu xlalu nak minum... kan dah membazir... bagi Miss Loly harga susu Anmum mampu milik coz 1 kotak 650g xlebih dari RM40... untuk kotak yang 350g klu xsilap baru RM 25++.... ok la kan untuk kesihatan...

 ANMUM PERISA COKLAT

 ANMUM PERISA ORIGINAL


ANMUM PERISA VANILA MANGGO


2) NEUROGAIN PB

Miss Loly start ambik neurogain masa kandungan 7 bulan... 2 pun member yang suggest.. Neurogain ni adalah minyak ikan.... antara kandungan yang terdapat dalamnya adalah DHA, EPA, AA & QA yang mana penting untuk pertumbuhan otak bayi... dari pengalaman member Miss Loly yg mengamalkan pengambilan Neurogain masa mengandung anaknya lepas lahir lebih fokus dan aktif... Miss Loly beli dekat Watson. Harga lebih kurang RM 55++.. 1bottle ada 30 capsul... Boleh tahan 1 bulan... 1 capsul ja sehari...




3) ZINCOFER

Macam Miss Loly ni checkup bulan2 kat klinik kesihatan je...Zincofer ni adalah multivitamin... KK cuma bg 1 jenis ni je.. dalam bentuk kapsul warna merah.... multivitamin ni terdiri daripada Farrous Fumarate Providing Iron, Cyanocobalamin, Folic Acid, Ascorbic Asid, Pyridoxine Hydrochloride Providing Pyridoxine, Zinc Sulfate Monohyrate Providing Zink dan Sodium Benzoate... Tapi kan xsemua KK bagi multivitamin jenis ni... Member Miss Loly checkup dekat KK gak tp dia dpt 4 jns pil yg kecik2... Mybe sama je kot cuma yg Miss Loly dpt dah complete dlm 1 kapsul... Zincofer ni kena mkn tiap2 hari... hehehe tapiiii kdg2 Miss Loly termiss gak nak mkn... cian bb... klu kat KK nurse ckp dah ckp klu mkn ubt yg KK kasi....


4) OBICAL

Obical ni adalah pil kalsium. Miss Loly kan xbpe suka susu so pil ni dapat membantu Miss Loly untuk mendapatkan kalsium yg cukup untuk kegunaan Miss Loly n bb..Dalam pil ni terkandung Megnesium, Phoshorus, Vitamin D3 dan FOS (Fructo Oligosaccharide). Miss Loly ambil pil ni coz takut susu yg Miss Loly minum xcukup kalsiumnya coz Miss Loly selalu sakit dekat tulang punggung... huhuhuhu klu duduk time nak bgn mcm kena renjatan letrik sakit giler... duduk p la ats kerusi empuk camna pun nk bgn menyeksa tol... pas Miss Loly ambil obical lega dah xsakit... mybe tulang kat punggung Miss Loly dah kekurangan kalsium, heehehehehhee..... 1 kotak ada 30 biji... pil dia besar gak le.. warna kuning nak oren...Miss Loly beli kat farmasi... harga RM22... Miss Loly pernah gak tya kat farmasi di tesco mahal gak RM28... sebelum nak ambil apa2 supplement pastikan dulu da kelulusan saripada Kementerian Kesihatan Malaysia..heheheheh bukan pe sekarang ni banyak ubat2 yg xde kelulusan KKM... apa2 pun lebih baik dapatkan nasihat dr Dr dulu sebelum nak mkn yer..





Tuesday, October 14, 2014

ASSALAMUALAIKUM.....

Rasa mcm nak aktif semula berblog...
huhuhuhu kekangan masa la plk...
harap lepas ni Miss Loly da banyak masa nak update blogggg....
best berblog ni, leh coret setiap perkara yg berlaku dlm diri kita utk kenangan masa dpan...

Rini dah cukup 7 bulan usia bb dalam kandungan Miss Loly...
xsabar Ibu nak jumpa BB.... :)
sedehhhhh sgt time pregy kena duduk jauh ngan en suami...
bertabahlah duhai hati.... huhuhuhuhuhu
Maybe akan ada sinar yg menanti.....
Acecece bermadah pujangga la plk....
Miss Loly dah kena monitor setiap kali pergerakkan bb
alhamdulillah bb membesar dengan jayanya....
emmmmm bb girl or boy????
tertanya2 plk Miss Loly...

Masa 18w Miss Loly ada g scan
Dr ckp bb girl
Pas2 g scan lg bb Dr ckp xnmpk g...
hihihihi camne 2...
solutionya Miss Loly beli baju bb xikt jantina...
lebih selamat k...
persiapan untuk menyambut org baru dah nak 100% siap...
xsabar rasanya....
Miss Loly xbeli sekali harung...
Beli skit2....

Miss Loly start beli kelengkapan bb masa pregy 5 bulan....
Org tua2 ckp xelk beli awal2...
hmmmmm  bkn nk derhaka ngan nasihat org tua2...
beli skit2 xterasa sgt duit kuaq...
almaklumla kita kan mkn gj...
kena bijak berbelanja k...
Ramai org ckp perut Miss Loly Kecik je...
iyer ke???
En suami ckp ok je pun...
xkan la Miss Loly kecik tp perut krna besaq plk...
tol x????
Miss Loly terima seadanya.... :)

Huhuhuhu rini Miss Loly tekat nakk antaq surat RESIGN
klu ikutkan syg 2 memang la...
dah dkt 5 thn Miss Loly keja ngan compny ni...
tapiiiiiiii Miss Loly dah xtahan la nak wat PJJ ni...
penat sgt...
mana ngan dok ulang alik nek bas mau kat 6jam...
lenguh habis pinggang Miss Loly...
Mana ngan hati ni asyik dok rinduuuu en suami...
emosi rasa cam xstabil ja...
klu nak resign kena 1 month notice....
xpe la maybe da rezeki Miss Loly kat tempat len plk lps ni...
mana nak tau rezeki BB kan?????
Last 15b November ni....
xsabar nak blk KEDAH...

Mood tengah melayang time ni...
Miss Loly kn tekad betul2 kali ni...
hmmmmm insyaa allah
rezeki Allah ada diman2...
thinks positif...:)

Ya Allah kau permudahkanlah urusanku ini...
Kau berikanlahku rezeki dimana sahaja aku berada
Moga anak yang bakal lahir ini membawa rezeki buat aku dan suamiku... amin.....


Sunday, May 11, 2014

MUNCUL KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA MENGHILANG...

Assalamualikum....

Dah lama Miss Loly xupdate bloggg...
Dah bersawang da...
ingat nak kembali aktif berblog la....
Banyak perkara yg dah berlaku sepanjang 4 bulan ni...
last miss loly update bulan 1... sekarang dah bulan 5....
baru terhegeh2 nak update..

Emmmm bulan ni genablah 5 bulan miss loly jadi isteri kepada Mohd Nazrul...
cinta hati n pengarang jantung... acecewahh..
betul la en suamilah org yg blg rapat ngan miss loly selain keluarga miss loly..
harap hubungan yg terjalin ini akan berkekalan hingga akhir hayat...
amin.... doakan yg terbaik untuk miss loly n en suami yer...

Bulan ni jugalah genap 1bulan lebih abah miss loly admitt wad...
huhuhuhu kesihatan abah yg sekejap ok sekejap x amat2 merungsingkan kami semua...
harap allah berikanlah kesihatan yg baik kepada abah...
ya allah... engkau sembuhkanlah penyakit yang dialami abahku...
kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya...
kau panjangkanlah umur abahku agar dia boleh pulang semula kerumah...
menceriakan semula rumah kami ya allah...
kau berikanlah ketabahan kepadaku untuk mengharungi semua ini ya allah...

Bulan ni juga genaplah 1 bulan miss loly berpindah tempat kerja...
bukan tukar kerja baru...
cuma office miss loly berpindah lokasi...
dari kedah ke KL...
huhuhuhu sekarang miss loly terpakasa buat PJJ ngan en suami n family...
penat.. entah sampai bla mampu miss loly bertahan....
ya allah sekiranya rezekiku ada ditempat kelahiranku sendiri kau tunjukkanlan jalannya atau sekiranya rezekiku ada disana kau berikanlah aku petunjukmu...

Bulan ni jugalah memberi sinar yg baru pada miss loly n en suami...
perkara yg sangat2 kami ditunggu....
kehadiran cahaya mata yg bakal mengeratkan lagi hubungan kami...
mewarnai kecerian rumah tangga...
Ya allah... kau peliharalah zuriat dalam kandungan ku ini ya allah...
kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya...
amin ya rabbal a'lamin.....


Wednesday, January 22, 2014

TRIP : PENANG

Assalamualaikum.....

Morning.... rini nak coret serba sedikit tentang trip g penang 18hb Januari 2014 baru2. ni.... huhuhu dah basi baru nak cerita.... En suami da Annual Dinner dekat Hotel Equatarial Penang... Kita org bertolak dari rumah MIL pun dah kol 2ptg... almaklumla hari sabtu kan miss loly keja half day... kol 1 pas hbs keja terus g rumah MIL... En suami dah tunggu siap2 kat sana.... en suami pun half day gak hari sabtu. disebabkan da annual dinner so kol 12tgh hari dia dah bley balik dah... sempat g tau en suami g makan nuri kat tmn MIL.... Miss Loly sampai kat rumah MIL pun dah kol 1.30tgh hari... rehat2 n solat pas2 kol 2 km bertolak... en suami cakap depa semua kn berkumpul dekat RNR Gurun....


masa otw ke penang.... atas jambatan Pulau Pinang time ni... convoy ramai2 ngan member2 en suami...


Kami bertolak dari RNR Gurun pun dah nak dekat kol 4... kol 5 lebih sampai dekat Hotel Equatarial Penang




MEH KITA VIEW DALAM BILIK HOTEL NI...
 luas k bilik ni.... yg bestnya balcony ngadap laut... nampak la Jambatan Pulau Pinang.. malam2 cantik sgt view... ngan lampu2 norona noroni lagik... 








 ni dekat kolam ikan... demuknya miss loly sekarang...


comey kan ikan kuning 2....






 with my lovely husband... en suami ni mmg payah bebenor nak tangkap gambar.... tema mlm 2 merah hitam...


 kenang-kenangan yg dapat malam 2...


 Ni pic Jambatan ke 2 Penang... time ni baru pas g shoping dekat Queensbay.... 

Tanya en suami kita nak g mana lg... dia ckp nak g Bukit Bendera... kami men hentam je jalan2 kat cni... dah la pakat xtau jalan... pening sih jln2 kat penang ni... dah la signboard lintang pukang.... huhuhu kami nak g bukit bendera ikut balik pulau... jauh giler... dah la nek bukit turun bukit.... memang serik dah la nak g lg ikut balik pulau ni... sesat sih... padahal jln yg kami lalu 2 mmg betul... dah xjumpa signboard langsung so ckp kat en suami kita patah balik la takut nnt lg sesat... en suami ckp xpe kita patah balik g Batu Feringghi... mak aii jauh bebenor nak sampai Batu Feringghi ni.. jgn ikt jln Balik Pulau tau jauh.... lepak2 jap sambil mkn mee goreng kat Batu Feringghi.. en suami xnak tido sn so km ambik keputusan nak balik terus....


 masa ni dah kat atas feri



 kusyuk je en suami kita bawa keta...


Bye2 Penang nnt kita datang lagi... p nek jambatan balik nek feri.... 

Friday, January 17, 2014

RESEPI : SWEET SOUR IKAN MERAH

Assalamualaikum...



Resepi ni yg hari khamis baru2 ni.... resepi yg super duper senang.. miss loly suka yg simple2 ja... janji sodap dimakan.. tol x????? meh nak kongsi resepi ni...

BAHAN-BAHAN... - untuk 2 org makan

  • Ikan merah dlm 2 or 3 ekor
  • 2 ulas bawang putih dihiris - tumis
  • sedikit halia dihiris - tumis
  • 2 sudu cili boh
  • 2 sudu sos tomato
  • sos cili... ikut la banyak mana nak letak...
  • bawang besar potong bulat2
  • timun, tomato n carrot potong dadu.. nak letak pun boleh xletak pun ok je...
  • hirisan timun dan tomato  serta daun sup n daun bawang untuk hiasan...


CARA-CARANYA...
  1. Ikan perlu digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng...
  2. tumiskan halia dan bawang putih....
  3. masukkan 2 sudu cili boh... untuk bagi pedas... biar sampai pecah minyak... kang nnt cili xmasak nnt skt perut....
  4. masukkan 2 sudu sos tomato dan sedikit sos cili...
  5. letak air sikit  takut nnt telebih pekat plk...
  6. masukkan bawang besar yg dah dipotong bulat,  timun, tomato dan carrot yg didaduka, cili merah dan daun bawang yg telah dihiris. 
  7. masukkan garam n gula secukup rasa
  8. bila dah siap masak bolehlah tuang kuah ni ke atas ikan tadi... 

SELAMAT MENCUBA!!!!!!

KEMAS BEG NAK G BERCUTI....

Assalamualaikum......

yahooo... xsabar nak g bercuti....
penang je pun...
xkisah la jnji bley g jalan-jalan kan...
en suami ada dinner company mlm ni...
dah alang2 turun penang kita g bercuti la skali...

semalam baru kalut nak packing barang
pe la miss loly ni suka wat kerja last minute...
xde la banyak sgt baju yg bw...
nak g bercuti pun 3 hari 2 malam je pun...
xbanyak xbanyak mau 2 3 bag gak la...
meh tengok brg pe yg miss loly bawa...


TIP KEMAS BARANG-BARANG UNTUK G BERCUI


 ni bag baju miss loly n en suami... 1 bag dah untuk baju... iron pun sumbat skali dalam ni... baju utk dinner malam ni dah iron smlm g... mlm nnt xde la kalut sgt just tinggal nak iron shawl je pun..





dalam bag ni da banyak g bag2 yg kecik... senang sumbat semua skali dlm 1 bag ja... da bag telekung, bag make up... bag untuk shower, ubt gigi, pncuci muka... charge fon...





bag telekung... senang letak asing... nak g solat cuma bawa bag kecik ni ja.. pas solat sumbat balik dlm bag hitam...hehehhehe





yang ni wajib bawa.. 'first aid'.... dlm ni mmg dah lengkap kain pembalut la n mcm g peralatan yg bley pakai time kecemasan... miss loly tambah panadol, krim mustajab n bam... mana nak tau kot2 da yg sakit kepala or sakit perut kan... xyah susah nnt nk g cari minyak angin...





ni stok makanan time lapar... semua makan ringan je... bawa ja xnak mkn bw balik.. bukan susah pun kan... air mineral wajib bawa... en suami kita ngan air xdapat dipisahkan..

okeh ni la je TIP yg xseberapa dari miss loly...






Wednesday, January 15, 2014

KEDAI RM 1

Assalamualaikum...

sebelum-sebelum ni miss loly asyik cite sal kedai RM2 je kan...
hari ni miss loly nak cite plk sal kedai RM1
RM1 yer percaya x???????
bukan kedai rakyat 1M tau.....

ingatkan kedai RM2 kedai yg termurah...
alih-alih da lagi ek kedai yg tertersangat murah...
RM1...RM1...RM...

macam xcaye  je semua barang RM 1 je...
esh2 leh untung ke jual brg RM1 je...
wat pe nak susah2 tlg pikir kan...
yg pntg kita untung.....
tol x?????

klu xde untung xkan le depa bley jual RM1 kan?????
entah2 depa bley barang baru RM 0.50 pe...hihihihi
meh miss loly nak tayang hasil rembat dekat kedai RM1 ni...


 miss loly beli untuk letak span basuh pinggan n dawai gosok periuk... leh tampal dekat dinding sinki ni...



 ni bikan berus gigi tau... hehehe miss loly beli untuk cuci dinding dalam toilet...



 ni untuk cuci tingkap... selamat skit tangan cuci tingkap pakai benda alah ni... xyah nak risau2 tangan takut luka terkena kaca tingkap... bagi tingkap jenis nako je la ye...



ni  tempat letak berus gigi... comei kan... ok je miss loly letak berus gigi... xde plk nak lucut... maksudnya brg murah xsemestinya xberkualiti... tol x??????


perasan x semua barang da warna hijau...
ntah npe la time bley brg ni asyik pikir warna hijau ja....
nanti2 nak g lg kedai RM1..
nak perabis duit je kojanya...
RM10 dah bley dpt 10 jns brg...
xke untung namanya...
klu kedai RM2 baru leh dpt 5brg je...
hehehe..
tatatititutu....

RESEPI - SAYUR FUCUK CAMPUR

Assalamualikum



Resepi yg Miss Loly nak kongsi ni resepi yg simple2 aje....
bagi yg baru nak blajar memasak mcm miss loly ni bley la try yer...





BAHAN-BAHAN

*anak kubis   *sayur sawi  *fucuk  *carrot  *ubi kentang   *cendawan  *bawang besar  *kiub ayam     *telur ayam   *cili padi  *garam + gula   *bawang merah + bawang putih untuk menumis


CARA-CARANYA

1. Panaskan minyak n tumis bawang merah n bawang putih sehingga bau
2. masukkan air dan bancuhan kuib ayam..
3. miss loly tunggu bagi air mendidih dahulu baru masukkan sayur-sayuran.. masukkan dulu ubi kentang
    biarkan ubi empuk... pas2 bley la masukkan sayur2 yg lain... last baru masukkan telur...
4. masukkan garam dan gula secukup rasa...
5. biar mendidih sekejap... tutup api... dah siap pun...

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 14, 2014

RUTIN HARIAN - BASUH BAJU

Assalamualikum....

Wanita dengan baju xdapat dipisahkan.... tol x??????
bangun tidur basuh baju... sidai baju.... kutip baju... lipat baju... iron baju n last skali simpan baju....
cetengok dari bangun pagi sampai dah nak tido baju je kejanya...

miss loly selalu mendobi ni time pagi2 la...
pagi2 sebelum nak g keja sempat la siapkan 1 or 2 keja umh ...
dari umh miss loly nak g tempat keja baru 2 minit je tau...
miss loly masuk keja kol 9... sempat la wat keja rumah pe yg patut...

past setle uruskan en suami nak p koja... bermula la aktiviti mendobi ni....
xde la lama sangat masa yg diperuntukan...
plg cepat 15 minit klu lama sgt pun 1/2 jam je...
almaklumla washer hand je....
klu washer machine senang je... taruk je dlm 2.... sementara nak tngu siap basuh semua dah bley wat keja len kan...kann..kannn... untung bebenor klu pakai washer machine ni...


Huhuhuhu miss loly klu bab basuh baju ni mmg hari-hari.....
bukan bajet rajin tau... nak wat camna basuh pakai tangan....
washer machine bukan xde tp wat hiasan ja....
huhuhuhu... washer machine miss loly ubah tempat so kn wat paiping baru la...
best juga basuh pakai tangan ni...
bangga k en suami pakai baju dari air tangan isteri bukan washer machine...
hehehehehe gelak bangga

bila la nak bley pakai washer machine
cepat la en suami setlekan piping utk washer machine
tadi ayat bukan men belagak... pe la miss loly ni...

bukan pe klu da washer machine ni senang skit nak basuh cadar, blanket dah la tebal gedabak...
en suami cakap ala basuh ngan tangan udah le baju kita 2 org je....
nak bagi sedap g xpe nnt abg tlg syg basuh yer...
fuhhhhh...  nak tunggu en suami basuh alamatnya makin bertimbun la baju 2...

sumber : google


baju klu xdicuci tiap hari alamatnya makin menimbul la dalam bakul....
miss loly xsuka kumpul sbb nnt miss loly jg yg penat nak menyental...
semalam kan cuti Maulidur Rasul....
miss loly n en suami balik umah family en suami....
dah termiss 1 hari tau nak basuh baju...
huahuahuaaa.... dah bertimbun  baju dalam bakul...
pagi ni basuh separuh bakul dulu...
balik koja nnt sambung balik.....

bila dah selesai basuh baju lapang je dada...
bukan pe xde la menyemak mata nak tengok baju menimbul dalam bakul xcuci...
part yg plg miss loly suka time nak angkat baju...
wanginye bau baju pas basuh...
terubat tau penat dok menyental...

en suami miss loly dulu masa bujang rajin tau basuh baju....
bukan nak puji laki sendiri...hihihihi...
bla dah kawen ni... mula  la...
almaklumla dah da wife kan nak jaga makan pakai...
kena ligan en suami selalu ni soh setlekan bab washer machine ni....


Friday, January 10, 2014

RESEP : JEMPUT2 IKAN BILIS

Ni menu petang semalam... dah alang2 da kat umh bley la wat minum petang... menu yg plg senang n simple udah ten2 la jemput2 ikan bilis... nak resepi x???? meh la nak kongsi...



BAHAN-BAHAN

  • Tepung gandum
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu2)
  • 1/2 batang carrot (hiris halus2)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 biji cili padi (dipotong kecik2)
  • daun saderi (potong)
  • 1 gengam ikan bilis (tumbuk jgn sampai lumat)
  • sedikit jintan manis (tumbuk sampai lumat)
  • air suam untuk bancuhan
  • garam n gula secukup rasa
  • sedikit kunyit
CARA-CARANYA

bancuhkan tepung dengan air suam... masukkan bahan2... gaul sehingga sebati... jgn keras n jgn lembik sgt bancuhan tau... panaskan minyak pas2 goreng... senang kan...


RESEPI : ANAK KAILAN GORENG

Assalamualaikum....

Dah berminggu-minggu xupdate blog... semalam kan jumaat.. miss loly x g mana2 pun. almaklumlah miss loly sorg je cuti en suami plk koje... malaih aih nak g mana2 sorg2... bek duk umh je... leh wat mcm2 koje... hari koja nak godek semua kerja umh  cam xsempat je...hehehehe..

Dok sorg pikir nak masak pe la rini... Tengok dlm freezer cuma tinggal sayur je... gtau kat en suami nnt nak kuaq g cari barang basah... dia cakap xpayah la nnt abg balik keja abg beli... fuhhhh nak tngu dia balik ptg k... hmmm xpe2 miss loly msk je sayur dulu... sedia bahan2 utk daging masak hitam siap2... en suami balik nnt just tinggal nak masak daging je utk mkn mlm...  ala kacang je nak msk goreng2 ni... men taruk2 je... okeh2 miss loly nak kongsi resepi simple ni...



BAHAN2..

  • 3 ketul Anak kailan
  • 3 biji cili padi (ptong 2 je)
  • 2 ulas bawang putih (ptong dadu)
  • segenggam ikan bilis  (ditumpuk)
  • gula n garam secukup rasa
  • kicap sikit



CARA-CARANYA

Tumis bawang putih... masukkan ikan bilis yg telah ditumbuk... tumbuk jgn lumat sgt tau.. bila dah garing masukkan sayur... masukkan garam n gula secukup rasa.. masukkan kicap sikit... dah siap... senang kan....kan...kan..

Friday, January 3, 2014

RUMAH : PLASTIK

Assalamualikum....

Aik plastik pun dah da rumah sekarang... heheheehe haru..haru...
alkisahnya bermula.... jeng..jeng..
miss loly menghadapi masalah nak simpan plastik... (skemanya ayat)
korang da masalah x nak simpan plastik kat umah korang??????
ke miss loly sorg je yg da masalah sal plastik ni...
huhuhu plastik kat rumah miss loly dah menimbun...

yola tiap2 hari beli barang je dapat plastik free...
huhuhu xdenya nak free klu hari sab2...
1 plastik rege 20 sen tau...mahal gile...
bagus la kempen menjaga alam sekitar...

xkisah la plastik barang or plastik sampah...
dulu miss loly selalu wat bentuk ketupat...
tp kan... bla nak guna xtahu plastik saiz pe..
mcm menyusahkan je dah buka bila xmau kn lipat balik..
mcm x efficient je kan wat cmni...

lg 1 plastik sampah...
klu dlm bungkus kan lipat banyak2... bla nak tarik 1 kuaq semua skali...
geram tol tau... klu kalut2 pagi2 nak buang sampah sebelum nak g keja...
tarik plastik sampah 1 keping kuaq semua skali dah tu nak kn kemas balik...
so solutionnya... tada miss loly wat mcm kat pic di bawah ni...


xsusah pun la.. 
time nak tgk tv pun bley buat sambil2... 
lipat sekeping2... senang xde nak terkeluar semua klu nak ambik 1 keping je... 
time ni ngah boring2 xtau nak wat pe... 
lipat plastik sampah pun da koje...hehehehe





certeka kotak hadiahhhh ke ni????? heheheehe kita lihat siapa yg kena... 





jeng..jeng..jeng...





eshhhhhhh lambat tol la...







tada dah buka pun... 

ni la rumah plastik miss loly.... 
semua plastik miss loly taruk dlm kotak misteri ni.... 
lipat2 pas2 simpan... 
buruk je rupa... abaikan yg penting kan plastik leh duduk diam2 dlm ni... 
xde nak serabut tgk kan... 







ni kotak iron sebenarnya... kotak hadiah kawen ri2... 
cam cantik je cam comey je klu balut kotak ni... 
hehehehe pembalut hadiah masa kawen ri2 kan banyak pe g balut je la... 
cantik sikit... klu x nampak je kotak iron..huhuhuhu

k la dah nak dekat kol 1 ni...
nak balik dulu... 
rini kan sabtu... half day.... bye..bye..