Pages

Thursday, October 30, 2014

MAKANAN-MAKANAN SUNNAH YANG ELOK DIAMALKAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualiakum... sebelum ni entry Miss Loly berkisarkan tentang supplement tambahan semasa pregy... kali ni Miss Loly nak kongsi makanan-makanan sunnah pula.... Makanan-makanan sunnah ni baik untuk diamalkan kerana telah menjadi amalan Rasul kita Nabi Muhammad SAW...

1) KURMA


Sabda Rasulullah  SAW : Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, sekiranyanya wanita yang hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar, bersopan santun serta cergas pemikirannya. hahahhaa elok diamalkan mudah-mudaha anak kita nnt memiliki akhlak yang terpuji.. Mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung akan memudahkan untuk kita bersalin nanti... seberti kisah Maryam iaitu ibu Nabi Isa AS semasa beliau hendak melahirkan Nabi Isa AS beliau memakan kurma supaya dapat membekalkan tenaga.. Jangan risau yer takut terkena kencing manis jika makan buah kurma kerana insyaa allah buah kurma tidak mengandungi gula so ia tidak membahayakan kesihatan.. Buah kurma juga kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Kurma dapat mencegah berlakunya pendarahan ketika bersalin dan mempercepatkan proses pengecutan rahim seperti sdia kala sebelum hamil kerana di dalam kurma terdapat hormon oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran. So makanlah buah kurma kerana Nabi sangat menyukainya... Nabi suka mesti terdapat banyak khasiatnya... Buah kurma juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim... Miss Loly sebelum kawen dulu xsuka ngan kurma sebab rasa manis tapi bila dah kawen ni en suami penggemar kurma so pelan2 Miss Loly dah boleh terima kurma ni... lagi pun kurma banyak khasiatnya xrugi pun klu suka kurma... :)



2) KISMIS

Memakan kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning) bagi ibu2 yg selalu rasa loya bolehlah jadikan kismis sebagai kudap2., Miss Loly selalu mkn klu rasa meloya... kiranya kismis ni stok yg Miss Loly bawa sentiasa dlm bag... kismis dapat menyihatkan badan, awet muda (hahahaha xpayah beli supplement mahal2), menguatkan saraf dan menghilangkan letih (membekalkan tenaga)... selain itu, kismis juga dapat menguatkan jantung, menghilangkan panasdan menyihatkan jiwa..kismis juga makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kismis kaya dengan garam mineral seperti magnesium (baik untuk saraf, fungsi otak dan penukaran gula kepada tenaga), kalsium dan fosforus (membina tulang dan gigi yang baik), zat besi ( membantu membina sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak) dan kalium (mengoptimumkan kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah. Antara vitamin-vitamin lain yang terdapat dalam kismis adalah seperti berikut vitamin C ( penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan), Vitamin B6 ( mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga), Vitamin K (Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang dan buah pinggang), Folat ( Membentuk sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh) dan Riboflavin ( membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan. Kismis boleh mencergas minda mudah-mudahan anak yang bakal lahir nanti memiliki akal yang cerdik dan minda yang cergas...




3) MADU

Sebaik-baik minuman adalah madu kerana ia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. madu merupakan ubat dari segala jenis penyakit kerana ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati. Madu elok diamalkan ketika pregy kerana ia dapat menguatkan badan... idak le rasa letih aje.... :)  Madu telah dikaji bepotensi untuk menghalang sel-sel kanser daripada merebak selain merawat kanser..  Nabi Muhammad SAW sangat menyukai madu kerana madu adalah ubat bagi segala jenis penyakit kecuali mati. Madu dapat mengurangkan kasa loya ketika pregy, untuk kesan yang lebih baik ambil madu sebelum tidur setiap hari. Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu pregy. Biasanya, ibu pregy sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan badan lebih lemah pada ketika ini. Dengan pengambilan madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu meningkatkan sistem imun semasa pregy. Disamping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu pregy. Khasiat madu untu ibu pregy juga termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.


No comments: