BAHAN2 UNTUK SUP
- Daging (Miss Loly pakai tulang lbh kurang 2kg)
- Bahan2 perencah ( kas kas, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan, lada hitam, buah pelaga dan bunga cengkih... perlu di goreng dan dikisar kering )
- Bawang besar, bawang putih dan halia (dikisar dengan sedikit air, kisar sampai hancur tau... bahan kisar ni nak masuk dalam sup nanti)
- Bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan (bahan ni untuk menumis plk yer)
- Halia (diketuk2 nak masuk dalam sup)
- garam dan gula secukup rasa
BAHAN2 UNTUK SAMBAL MERAH
- Bawang merah, bawang putih dan halia (tumis)
- Cili kering ( dikisar halus)
- garam dan gula secukup rasa
- sekeping asam keping (kecik dah la)
Cara2
Basuh bersih2 pastu rebus tulang bg empuk.... Miss Loly rebus pakai Rice Cooker... senang cpt je tulang empuk... klu pakai Rice Cooker jgn tutup terus tau penutup periuk nanti air rebusan melimpah plk... Miss Loly buka skit tudung periuk.... ni baru proses merebus tulang tau...kita rebus tulang dlu sbb rebus tulang ni makan masa skit.... banyak g stap nak wat supnya... seterusnya kita sediakan bahan untuk perencahnya plk....
Atas Kiri kas kas, Atas kanan kulit kayu manis, bawah kiri lada hitam dan bawah kanan bunga lawang...
Bahan2 seperti di atas perlu digoreng tanpa minyak tau (sebelum 2 basuh la dlu yer bahan 2... nak senang basuh pakai penapis teh 2... Goreng sampai garing....) kuantiti skit2 ja tau.... tgk mcm kat pic di atas.... (buah pelaga buang biji tau miss loly ambik kulit dia ja..)
Selepas goreng td bley la dikisar kering... okeh2 ketepikan dulu... stap seterunya nak wat sup...
Bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan untuk menumis...
Tumis bahan2 tersebut dengan minyak sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan daging tadi berserta tulang...
Masukkan bahan2 perencah (rempah2 yg kita kisar kering td)
Bolehlah tambah air klu pekat sgt
Halia diketuk dan masukkan kedalam sup tadi..
Bila kuah dah mendidih masukkan daun sup (daun saderi yer kawan2... Miss Loly pngil daun sup...) seterusnya garam dan gula secukupnya...
Next cara nak buat sambal merah plk...
Bawang besar dan cili kering
Dikisar dengan sedikit air... ketepikan dahulu
Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang
Ditumis sehingga naik bau...
Cara nak celur Bihun
Panaskan air berserta sedikit serbuk kunyit... bila dah mendidih masukkan bihun.... (sebelum 2 bihun perlu direndam dulu dengan air biasa tau)... bila bihun dah lembut.. tutup api..
Tuskan bihun dengan penapis... Miss Loly bilas balik ngan air paip nak bg hilang kanji...
No comments:
Post a Comment