Cantik x kerongsang niii.... MiSS LoLy D.I.Y sendiri tau... Huhuhu gigih MiSS LoLy siapkan 500 pasang kerongsang ni untuk diberi kepada tetamu masa majlis kawen MiSS LoLy nanti... sape2 nak, datang la yer ke majlis nanti..heehhehe.. sape2 yang teringin nak buat sendiri nanti MiSS LoLy tunjukan cara2nya.. Sharing is caring....
Okeh kita mula kan yer...
Okeh kawan2, mula2 buatkan bulatan.. MiSS LoLy pakai duit 50 sen je... 1 pcs kerongsang memerlukan 6 keping saiz bulatan yang sama.(huduh je MiSS LoLy gunting bulatankan).. kawan2 gunting cantik2 tau...
Lipat bulan tadi ... (jadi separa bulatan)
lipat separa bulatan tadi supaya jadi seperti gambar di atas
lipat seperti gambar diatas, kemudian kemaskan dengan menggunakan jarum jahitan... tada dah jd kelopak bunaga untuk kerongsang tu... kawan2 kena buat 6 kelopak bunga seperti di atas...
okeh, cantumkan ke enam2 kelopak tadi supaya menjadi sekuntum bunga... matikan jahitan supaya kerongsang tadi jadi kemas dan cantik...
jahitkan butang baju ditengah2... klu nak cantik belilah butang yang warna warni... MiSS LoLy cuma pakai butang baju kemeja putih ja... nak jimattt hehehehe... okeh nanti jagan lupa beli pin untuk lekat di belakang kerongsang ni... MiSS LoLy beli pin 2 dekat kedai jual barang2 hantaran... xmahal pun 100pcs pin cuma RM 10 je... klu kawan2 tinggal dekat area Jitra bolehlah cari dekat Kedai Wan Hantaran...
ni sebahagian je kerongsang yang sudah MiSS LoLy siapkan... nanti boleh la MiSS LoLy beri kepada tetamu masa majlis kawen MiSS LoLy .
Sekian, selamat mencubaaaa.....
No comments:
Post a Comment