Pages

Monday, November 11, 2013

PROSEDUR PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN DI NEGERI KEDAH

Assalamualaikum...

Okeh2 rini miss loly nak update n3 sal Prosedur Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Di Negeri Kedah.. kenapa kedah????? of cause la miss loly ni kan anak jati negeri kedah...hahahhaha... kalau nak cerita negeri lain mana la miss loly nak tau... rasa2 prosedur setiap negeri sama ke????.. miss loly nak cite ni berdasarkan pengalaman miss loly ngan en tunang berkenaan prosedur yg kami buat untuk permohonan kebenaran berkahwin...

STAP 1

  • Borang permohonan bolehlah diperolehi daripada Pejabat Agama Daerah berkenaan @ Imam Khariah masing-masing. Macam miss loly kan en tunang g ambik dulu kat imam khariah dia...
  • Borang ni terdiri daripada Borang 1 dan Borang 2
  • Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disahkan oleh imam khariah masing2.. Macam miss loly kan en tunang g ambik dulu borang so dia kena setlekan dulu pengesahan borang ni ngan imam khariah dia la..
  • Dah setle pengesahan ngan Imam kharian en tunang, en tunang perlu menghantar borang tesebut bersama2 Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan, Salinan Kad Pengenalan Bakal Pengantin lelaki dan perempuan serta Sijil Kursus Kahwin (asal n salinan) kepada Pejabat Agama Daerah tempat tinggal en tunang la.
  • Permohonan bolehlah dihantar seawal-awalnya 90hari dari tarikh berkahwin (Permohonan lelaki)
  • Tujuan kena hantar dekat Pejabat Agama Daerah adalah untuk dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki (nikah luar daerah / negeri). Macam miss loly n en tunang kami xsama daerah so en tunang kena mohon dulu surat kebenaran berkahwin kat Pejabat Agama Daerah en tunang.
  • Kebenaran Nikah Bagi Lelaki  (Nikah Luar Daerah / Negeri) - Tempoh sahlaku 3 bulan dari tarikh kebenaran nikah)

STAP 2

  • Bila dah en tunang Miss Loly dah dapat Surat Kebenaran Nikah, seterusnya Miss Loly pula kena dapatkan Borang Permohonan untuk dapatkan Surat Kebenaran Nikah dari imam khariah miss loly
  • Borang ni terdiri daripada Borang 1 dan Borang SIMPI iaitu borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (warna kuning)
  • miss loly kena lengkapkan Borang 1 n Borang SIMPI ni dan perlu disahkan oleh imam khariah tempat miss loly
  • Bila dah setle pengesahan ngan Imam khariah miss loly, miss loly perlu menghantar borang tesebut bersama2 Surat Kebenaran Nikah Lelaki (Nikah Luar Daerah / Negeri), Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan, Salinan Kad Pengenalan Bakal Pengantin lelaki, Perempuan dan Wali, Surat Nikah Mak Abah Miss Loly ( surat nikah mak abah perlu sekiranya bakal pengantin perempuan adalah anak sulong) serta Sijil Kursus Kahwin (asal n salinan),  kepada Pejabat Agama Daerah tempat tinggal miss loly.
  • Permohonan bolehlah dihantar seawal-awalnya 30hari dari tarikh perkahwinan (permohonan perempuan)
  • Tujuan permohonan adalah untuk mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin.
  • Kebenaran nikah bagi permpuan (nikah dalam daerah) - Tempoh sahlaku 1 bulan dari tarikh kebenaran nikah.
STAP 3 - ON PROGRESS

1 comment:

Echa said...

Boleh tau x ikut daerah kita lahir atau daerah kita nak nikah ye?