Asyik bersawang je Blog akak nih... pejam celik pejam celik dah nak masuk tadika dah anak solehah imani.. jom kita survey tadika area Chanlun, Jitra dan Alor Setar.. ambik kau 3 pekan tu... ibu imani dah compius nak hantar tadika mana la Dhia Imani Soleh.. disebabkan ibu imani kerja di alor setar maka bayaklah tadika yg boleh di survey.
Meh kita mula aktiviti survey tadika.
1) TADIKA CILIK TAMAN KERUING
Tadika ni dekat Changlun... masa g survey hari tu bawa la anak solehah imani.. dia suka la sebab da slide... masa g tu kol 6.00 petang budak2 dah balik.. tadika ni ada 3 pakej... Pakej 4year, 5year dan 6 year... ibu imani nak cerita pakej 4year je la sebab masa g jumpa cikgu tadika ni cikgu tu soh masukkan imani ke kelas 4year dulu... akak dah compius awal tu nak ambil pakej 4 year or 5 year sebab anak solehah imani lahir awal tahun. 03.01.2015... klu ikut umur tahun depan anak solehah imani baru 4year... da la awai thn ritu g risik tya sek rendah dekat area umah ni cikgu tu gtau kena masuk awal setahun.. so masa anak solehah imani 6thn dah kena masuk darjah 1.. okey pakej yang akak tanya hari tu start kol 7.00 pagi -6.00petang... harus la awai ibu imani nak kena kuaq rumah awal dari changlun ke Alor Setar jauh tu... klu masukkan anak solehah imani ke sini kol 5.45 petang baru leh jemput anak solehah imani. Yuran pendaftran RM 960 untuk pendaftaran tahun 2019 yer... ada special price yer klu mak-mak daftar sebelum 31/10/2018 iaitu RM 899.. ibu imani minat tadika ni sebab kaedah membaca bahasa melayu dekat sini guna buku bacalah anakku, untuk belajar al quran pakai buku iqra dan untuk english Ladybird Peter & Jane. ibu imani memang nak cari tadika yang guna kaedah fonik.. Yuran bulanan pula adalah sebanyak RM320. klu nak join xtvt kelas memanah waktu petang kena plus lagi RM 30 per month. ops sebelum terlupa yuran pendaftaran RM960 tu belum termasuk buku dan tudung yer. okeh kita kira terus Total keseluruhan yer:-
RM960(yuran pendaftaran & yuran tahunan & Uniform 2 pasang-baju sukan dan baju ala2 pujambi) + RM92 (buku bacalah anakku, iqra dan tudung) + RM 320 (yuran bulanan) + RM 30 ( kelas memanah, boleh pilih nak join ke x)= RM1402.00.
Klu daftar sebelum 31/10/2018
RM899(yuran pendaftaran & yuran tahunan & Uniform 2 pasang-baju sukan dan baju ala2 pujambi) + RM92 (buku bacalah anakku, iqra dan tudung) + RM 320 (yuran bulanan) + RM 30 ( kelas memanah, boleh pilih nak join ke x)= RM1341.00.
ada trial class yer FREE je utk seminggu. kelas trial ni bulan disember yer.
next....
2) LITTLE CALIPHS KINDERGARDEN
Little Caliphs yang ibu imani survey ni yang dekat Changlun yer... Diorg terima pelajar start umur 4tahun-6tahun.. Registration RM100 yer untuk Booking tempat. Tadika ni tadika omputeh.. di little caliphs ni lebih focus kpd art & craft, islamic dan english. akak suka sebab english guna kaedah fonik..
little ad 3 level.. kg 1, kg 2 & pra tahfiz.. klu hantar dari 4 years, bila 6years dia akan masuk pra tahfiz klu dia perform kg 2... tp klu masuk 5years xsempat pra tahfiz unless 5years dia masuk dah advance inshaa allah dia boleh terus ke kg 2.
Kat sini belajar by Theme... cth vegetable, fruits, my self, my family & etc.. klu bln tu tema fruits segala vocab ttg fruits la akan belajar.. termasuk art & craft... craft xsemestinya buat pakai stationery bagai..
ada 3 pakej:-
7pg-12tgh hari = RM 280/month
7pg-3.30ptg = RM 370/month
7pg-5.30 ptg = RM450/month
late pickup cas RM10/hour sekiranya lewat 30 minit dr setiap pakej yg diambil.
yuran tahunan base on pakej dan anggaran dalam RM1800 klu pakej sehingga 5.30ptg.
3) TADIKA AN NAJJAH TELOK WANJAH, ALOR SETAR
Tadika ni dekat Alor Setar. Yang Bestnya tadika ni ada sekolah rendah sekali.. Sekolah Rendah An Najjah. Tadika ni tadika islam.. Akak memang dah register anak solehah Imani dekat Tadika ni. Hope anak solehah Imani dapat menghafal surah2 dan ayat Al Quran lepas ni.. aamiin..
Yuran Tahunan dan bulanan di tadika ni sangat2 berpatutan. Uniform dan baju sukan bebas untuk dipakai bila2 masa. Maksudnya klu hari ni pakai uniform esok pula pakai pakaian sukan lusa pula uniform balik tak ada masalah. So klu nak beli uniform sepasang baju sukan sepasang xde masalah la boleh gilir2 pakai.. dekat sini dah boleh jimat kos untuk baju.. klu hari2 kena pakai uniform kena beli 2psg la uniform sebab xsempat nak basuh... hihihihi... kebanyakkan tadika 1hari seminggu je pakai baju sukan.. betul x?
Okeh akak kongsikan yer.. Ada 3 Pakej yang ditawarkan.
Pakej 1 (8.00pagi - 12.30tgh hari) =RM 150.00
Pakej 2 (8.00pagi-2.00ptg) = RM 150.00/ Month
- Makan tgh hari + Praktikal solat = RM60.00/Month
TOTAL KESELURUHAN = RM210.00/Month
Pakej 3 (8.00pg - 5.00ptg) = RM 150/Month
-Makan tgh hari = Praktikal solat = RM60.00/Month
-Kelas Iqrak & minum ptg = RM 60.00/Month
TOTAL KESELURUHAN = RM270.00/Month
Buku aktyiviti/latihan (+ RM10 klu ambil pakej 3) = RM110
Yuran tahunan = RM120
Uniform+tudung = RM60
Baju&seluar sukan+tudung = RM42
Name tag = RM5
TOTAL KESELURUHAN = RM 517.00
TOTAL KESELURUHAN RM517.00 + YURAN BULAN RM270 = RM787.00
Yuran bulanan kena bayar awal bulan yer bukan hujung bulan. Means klu gaji kita yang bulan Dis dah kena simpan siap2 untuk bayar yuran bulan untuk Bulan Januari nanti. akak dapat jemputan untuk hari Tadika An Najjah pada 22/12/2018&23/12/2018. Akak dah ambil cuti siap2 nak bawak anak solehah Imani g School baru dia. Boleh beli uniform dan settle yuran sekolah sekali nanti. Sebenarnya ada beberapa lg Tadika yang dah akak servey cuma masa xmengizinkan untuk akak coret.. poyo je ayat.. okeh sekian untuk kali ni.. bye...