Pages

Sunday, November 2, 2014

PETUA-PETUA UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum..... hari ni Miss Loly nak kongsi petua-petua yang elok diamalkan untuk ibu-ibu pregy sekalian... Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu-ibu pregy ialah memperbanyakkan berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana dengan melakukan amalan tersebut boleh memberi ketenangan di jiwa serta memberi kesan yang positif kepada BB dalam kandungan .....

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu-ibu pregy adalah membaca surah-surah pilahan iaitu :-


  • Surah Yusuf
         Untuk memohon kepada Allah supaya memperolehi anak yang cantik rupa paras serta 
         akhlaknya.
  • Surah Luqman
         Untuk Memohon kepada Allah supaya dikurniakan anak yang bijak
  • Surah Maryam
         Untuk memohon kepada Allah supaya memudahkan proses untuk bersalin
  • Surah Yasin
         Untuk memohon kepada  Allah dikurniakan anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan 
         maksiat
  • Surah Al-Hujurat 
         Memohon kepada Allah supaya memperbanyakkan susu ibu...


MARILAH IBU-IBU SEKALIAN KITA AMALKAN YER.......